PASRAH
Pada mula aku nak tulis tajuk ini, banyak idea yang terlintas, mencurah - curah macam air terjun tapi saat tangan dah menyentuh papan kekunci langsung tiada idea. BUNTU! Kebelangkangan ini banyak sangat dalam kepala otak.
"It's WAR in my mind"
Nak mula cerita aku, aku tak pernah sangka yang aku akan jejakkan kaki ke universiti. Aku mengaku aku seorang yang malas, memang otak tak genius langsung. Dari aku sekolah rendah memang mak aku suka bandingkan aku dengan anak kawan baiknya. Aku ada otak yang cerdik tapi malas nak gunakanna. Sebab tu aku pernah dapat FAILED waktu sekolah rendah. Cuba korang bayangkan aku baru sekolah rendah tapi dah pernah rasa itu failed! Aku tak malu nak dedahkan sebab bagi aku itu penglaman yang sangat berharga. Orang lain tak pernah rasa.
Kemudian aku dihantar ke sekolah bersasrama juga bukan atas kerelaan aku. Aku mula rasa hidup ini tak adil. Tapi aku cuba kuatkan diri, motivasi diri sendiri. Pada mula aku masuk sekolah itu, boleh kata hampir setiap hari aku akan telefon umi aku dekat rumah. Aku bukan anak yang jenis peramah nak tanya "mak apa khabar?". Tapi aku telefon bukan sebab aku nak tanya khabar atau homesick! Tapi sebab aku tengok semua orang akan telefon mak diorang. Sampai satu hari itu, mak aku cakap apa dekat aku tau?
"Kau tak payah nak telefon setiap hari lah. Buang duit je."
Sejak itu aku macam tersedar, betul juga cakap mak aku, kenapa aku nak kena telefon setiap hari. Akhirnya aku hanya telefon setiap hari jumaat yang aku balik kampung sahaja. Aku tersedar yang aku mengikut orang. Tapi kawan aku suka label aku tak sayang mak!!!
Sepanjang pengajian di sekolah menengah, aku selalu dapat OK dalam matapelajaran yang lain. Tapi mesti KO dalam pelajaran math, add math. Aku tak pernah rasa dapat lulus. Setiap kali dapat kertas setiap kali itulah markah aku bawah 20%. Aku tak tahulah aku dapat rendah macam itu sebab aku bodoh sangat atau otak aku yang mind set benda itu susah.
Tak lama kemudian aku sambung matrik dan masuk universiti. Sebelum masuk matrik, aku banyak dengar yang pengajian itu memang susah dan selalu budak sangkut. Tapi kali ini aku tak nak dengar cakap orang, aku tak nak pasrah dengan hidup aku. Aku tanam dalam kepala otak aku yang aku boleh buat dan aku tanam kata - kata positif. Aku tak sangka cara tersebut berhasil bila aku boleh dapat 3.9 untuk pointer terbaik yang aku pernah dapat.
P/S : Tahu tak apa point penting aku dekat atas? Aku dah serik untuk pasrah dalam hidup bila sebenarnya aku tak pernah untuk cuba sampai limits aku. Aku selalu dengar orang cakap, aku selalu hidup negatif, tapi aku lupa, OTAK aku adalah benda yang Allah kurniakan paling hebat untuk aku guna.
Sejak itu aku selalu hidup dalam keadaan yang positif dan PASRAH tak pernah ada dalam hidup aku. Hidup ini banyak ajar aku yang sebenarnya aku ini sangat lembap dan tak tahu apa - apa.