Friday, May 6, 2016

C*$#T - [CARUT]

Sir Azwan dah mai mood giler dia, tajuk carut pun boleh! Waktu aku dapat tajuk ini, aku terfikir juga aku nak tulis apa dengan carut. Tapi mana boleh tunjuk gelabah depan orang, orang bagi cabaran kita terima. Yang penting cool and relax sentiasa. Sir kata dia tak kisah kalau nak mencarut pun dekat sini, aku boleh juga cuba meluah perasaan dengan mencarut dekat sini, tapi nanti kotor lah page blog aku. Daripada aku mencarut dekat sini biar aku cerita satu kisah, bunyinya begini. Aku ada seorang kawan ini, dia memang lawa, pendiam alim dan baiklah.... nak kata dia lembut tak sebab aku rasa dia ganas sikit tapi bendul. Jujur aku akap, aku tak pernah nampak dia marah. Kadang - kadang tuh aku tertanya juga macam mana dia marah? Nak tahu macam mana dia marah? Satu hari tuh aku nampak dia macam tak puas hati and bengang dengan someone. aku takut la nak tegur dia muka garang je. lepastuh aku nampak dia menulis dekat buku. Aku sahaja curi2 intai, rupa - rupanya dia mencarut dalam buku!! Dia marah orang dengan tulis besar - besar perkatann mencarut dan kenyokkan kertas dan buang. Kemudian dia terus jadi ok! Moralnya, kalau tak nak kotorkan mulut dengan mencarut, tulis.

No comments:

Post a Comment