OPKIM PAHANG 2
Sepanjang program
berlangsung, macam – macam aktiviti yang berlangsung. Sekali lagi aku terpilih
untuk berkongsi pengalaman dan sedikit pendedahan tentang university dengan
budak – budak sekolah sebagai fasilitator. Memang seronok bila orang ambi ilmu
yang kita bagi. Kemudian kami kena buat mural pula di dinding sekolah mereka.
Alahai….dahlah semua tangan kerasss…. Nasib ada Ariz yang lembut mampu nak
lukis. Aku rasa ada juga cikgu dia cat balik dinding itu pasal buruk no dinding
sekolah itu. Hahahaha….tapi proses
menyiapakan itu yang paling seronok.
Di sekolah yang lain
pula kami banyak terlibat dengan kerja – kerja mengecat bangunan. Pergh …..hari
kejadian memang ok!! Tapi malam n pagi esok, sakit belakang beb, tak boleh
gerak dengan suhu di tempat kejadian adalah 40 celcius. Membahang kau….. Dan
kami ada perlawanan futsal perempuan…. Hmmmm…dah lama tak turun padang main
jadi goal keeper nih…dulu pun selalu jadi keeper untuk bola baling bukan
futsal. Tapi redah aje… untung menang!
Kami punya keluarga
juga menang pertandingan karoeke dan itu merupakan kali pertama ayah menyanyi.
Walaupun malam itu sedikit sebak sebab kawan – kawan kami yang ditimpa musibah.
Allah nak uji, bila – bila masa pun boleh. Tapi itulah, first time aku rasa sebak,
kesian, sedih macam orang dah lama kenal. Risau gila, maklumlah adik beradik
aku pun ada juga yang terlibat dengan musibah itu. Risau dan debar dia Allah je
yang tahu. Time nak berpisah itu sedih sekali. Boleh pula mereka buat sesi
berucap! Aku padahal nak tangkap leleh dah pasal ma dah menangis!!! Aku cover
je. Sedih engkau. Finaaly….ma and ayah datang melawat aku juga dekat rumah
selepas habis program. Setiap pagi tanya khabar. Alhamdulillah…bagus mereka ini
semua.










No comments:
Post a Comment