OPKIM PAHANG
Pada hari Ahad yang
indah kami bertolak daripada UKM ke maran iatu Kampung Jara. Tempat yang kami
akan duduk dan tinggal selama seminggu bersama keluarga angkat masing – masing.
Sepanjang perjalanan ke Maran kami menaiki bas dan aku langsung tak kenal
sesiapa dalam bas itu selain si Jannah tuh.
Kekok dan perasaan seram memang bercampur gaul dalam hati dan otak ini.
Sampai sahaja di Kampung Jara kami terus proceed dengan majlis perasmian dan
penyerahan anak angkat oleh Adun Maran yang juga alumni UKM. Haih, mula – mula
terkejut juga aku dapat keluarga yang ada 8 orang anak perempuan. Aku
macam…WHAT?? Habislah nak mandi semua. Ni semua confirm lambat.
Tapi selepas habis
majlis perasmian, kami solat zohor dan perlu menyertai rewang bersama orang
kampong. Aku terdengar lah budak ini asyik merayu nak tukar dengan orang lain
pasal dia dapat satu rumah dengan budak laki. Aku kesian dekat dia aku pun
offer la diri, tak tahu pula yang keluarga angkat aku ini yang paling gempak
best, seronok dan satu family dengan Jannah. Habis rewang kami pun mula
bergerak ke rumah famiy angkat masing – masing, aduiiihhh mula – mula masuk
memang rasa kekok yang amat dan segan la citernya. Dahlah kami ada 5 orang adik
beradik lelaki, mak aiihh….
Kalau dah namanya
perempuan mana boleh duduk berlengang senang lenang sementara mak angkat korang
sibuk memasak siap dengan anak kecil lagi. Gila kau! Mahu orang cop kau anak
dara pemalas walaupun aku ini tak adalah
rajin sangat tapi boleh lah. So kami rela kan hati untuk menolong memasak dan
basuh pinggan, siap berhidang siap berangkat. Untung adik beradik lelaki kami!
Senang sahaja mereka, gosok baju dan basuh pun kadang2 minta tolong kami. Tapi
aku malas layan. hahahahah.......
















No comments:
Post a Comment