LEMAU
Disebabkan tema minggu ini adalah LEMAU, aku sendiri tak tahu nak tulis apa. Lemau sama dengan lesu ke? Mana aku tahu. tapi tu bukan point aku untuk bercerita berkenaan dengan tajuk di atas. Aku selalu faham lemau ni macam biskut yang masuk angin lepas tu dah tak sedap dah nak makan.
Aku rasa macam itu juga dengan kita, cuba kau bayangkan biskut tu macam diri kita, dan bila kita serap ilmu atau budaya yang boleh merosakkan diri maka kau akan dipandang serong, dan dah rosak. Rasa - rasa siapa nak kau? Tapi cuba kau bayangkan kalau diri kita serap ilmu dan budaya yang baik - baik sahaja nescaya kita akan jadi baik dan orang akan pandang hebat. Macam biskut yang serap air milo or teh, siapa tak nak!
So aku nak tekankan dekat sini sebenarnya semua benda yang kita ambil tak kira lah budaya atau ilmu berbalik kepada diri kita juga. Sama ada kita ambil yang baik atau sebaliknya. Tak payah nak cop aku bajet baik sebab cakap pasal benda ini. Kita sebagai manusia kan kena saling mengingat antara satu sama lain even kita tak baik sangat pun. Ilmu dan budaya yang baik bertambah baik kalau kita amalkan, maksudnya kita praktikkan dalam hidup kita. Kalau setakat tahu sahaja tapi tak gunakan dalam hidup, lama - lama dia jadi karat. So kadang - kadang, biar ilmu tu sikit tapi kita guna dalam hidup. Jangan acah - acah banyak tapi satu pun tak guna.
So, point dia jangan jadi lemau bodoh - bodoh, biar jadi lemau berguna!
No comments:
Post a Comment