Monday, March 14, 2016

LESU; MENTAL KOYAK

Minggu paling hectic dalam bulan tiga. Setiap hari padat dengan kelas dan program. patutlah otak lesu,mental koyak. Tapi koyak macam mana pun kena jahit balik bro, pasal hidup memang macam tuh. Ada time kau ok dan colapse. Berbalik kepada pekara yang buat aku lesu , mental aku koyak ialah..... program kolej di mana aku merupakan post program, so memang sibuk untuk majlis pelancran logo kami. Ada dalam dua hari juga kami buat rehearsal, dan tambah satu hari untuk hari kejadian. I had to postponed my sleep time sampai pikul 1 am or 2am. Lepas tiga hari sibuk memanjang dengan masa tidur yang tak menentu dan rehat yang tak cukup aku masih gigihkan diri menyusul ke bandar ayam kampung iaitu Maran,Pahang untuk melaksanakan program kami bersama pelajar sekolah yang akan mengambil peperiksaan penting. Sepanjang program berlangsung iaitu tiga hari, kami terpaksa menabahkan diri untuk kekal cergas dan bersemangat. pasal itu aku cakap kalau mental kau koyak jahit balik. Sebab walaupun semua benda ini buat aku lesu dan mental koyak pasal assignment dan tutor berlambak, tapi aku seronok. Aku dah dapat satu pengalaman yang mungkin orang lain tak akan dapat. So even aku lesu sikit tapi aku akan kembali bersemangat!

No comments:

Post a Comment