Monday, April 25, 2016

MY PET






Say hi to my pets, Luna Creamoo .... Hahhaha...selalu aku bela kucing - kucing kampung je.. Tapi yang ini pelik sikit sebab duduk dalam rumah. Berak kencing semua dalam rumah. Dahlah manja tahap tak hingat, kerja asyik nak cerkau orang je. Waktu kawan kakak bagi dulu, aku seriau juga dengan dia ini, garang semacam. Dahlah dia kena duduk dengan aku dalam kereta itu waktu bawa balik dia. Tapi kalau nak tahu, walaupun nama penuh kucing ini Luna Creamoo  tapi mak aku tak pernah sebut sekali pun. Tergeliat lidah katanya. Akhirnya typical name juga yang muncul... COMEL!







UJIAN

Ujian ini boleh datang dengan pelbagai cara, orang , tempat dan kejadian yang tersendiri. semuanya adalah untuk membuat untuk kita sedar sesuatu atau menguji penerimaan kita. Agak - agak kau nak bunuh diri tak kalau kau dapat ujian yang berat. kita sebagai manusia nak - nak umat akhir zaman ini makin lama makin lemah dalam menghadapi ujian yang diturunkan. Kerja mereka hanya memberontak, mendesak dan mencela. Langsung tiada pendekatan lain. Kalau ada ujian maka ada juga hikmah yang akan diberikan. Allah nak tengok kau gelabah atau bersabar je. Jadi kita kena selalu positif dalam segala bentuk ujian. Dengan itu Insha Allah semua akan ok. semuanya berbalik kepada kita.

Tuesday, April 19, 2016

OPKIM PAHANG 2

Sepanjang program berlangsung, macam – macam aktiviti yang berlangsung. Sekali lagi aku terpilih untuk berkongsi pengalaman dan sedikit pendedahan tentang university dengan budak – budak sekolah sebagai fasilitator. Memang seronok bila orang ambi ilmu yang kita bagi. Kemudian kami kena buat mural pula di dinding sekolah mereka. Alahai….dahlah semua tangan kerasss…. Nasib ada Ariz yang lembut mampu nak lukis. Aku rasa ada juga cikgu dia cat balik dinding itu pasal buruk no dinding sekolah  itu. Hahahaha….tapi proses menyiapakan itu yang paling seronok.

Di sekolah yang lain pula kami banyak terlibat dengan kerja – kerja mengecat bangunan. Pergh …..hari kejadian memang ok!! Tapi malam n pagi esok, sakit belakang beb, tak boleh gerak dengan suhu di tempat kejadian adalah 40 celcius. Membahang kau….. Dan kami ada perlawanan futsal perempuan…. Hmmmm…dah lama tak turun padang main jadi goal keeper nih…dulu pun selalu jadi keeper untuk bola baling bukan futsal. Tapi redah aje… untung menang!







Kami punya keluarga juga menang pertandingan karoeke dan itu merupakan kali pertama ayah menyanyi. Walaupun malam itu sedikit sebak sebab kawan – kawan kami yang ditimpa musibah. Allah nak uji, bila – bila masa pun boleh. Tapi itulah, first time aku rasa sebak, kesian, sedih macam orang dah lama kenal. Risau gila, maklumlah adik beradik aku pun ada juga yang terlibat dengan musibah itu. Risau dan debar dia Allah je yang tahu. Time nak berpisah itu sedih sekali. Boleh pula mereka buat sesi berucap! Aku padahal nak tangkap leleh dah pasal ma dah menangis!!! Aku cover je. Sedih engkau. Finaaly….ma and ayah datang melawat aku juga dekat rumah selepas habis program. Setiap pagi tanya khabar. Alhamdulillah…bagus mereka ini semua.











OPKIM PAHANG

Pada hari Ahad yang indah kami bertolak daripada UKM ke maran iatu Kampung Jara. Tempat yang kami akan duduk dan tinggal selama seminggu bersama keluarga angkat masing – masing. Sepanjang perjalanan ke Maran kami menaiki bas dan aku langsung tak kenal sesiapa dalam bas itu selain si Jannah tuh.  Kekok dan perasaan seram memang bercampur gaul dalam hati dan otak ini. Sampai sahaja di Kampung Jara kami terus proceed dengan majlis perasmian dan penyerahan anak angkat oleh Adun Maran yang juga alumni UKM. Haih, mula – mula terkejut juga aku dapat keluarga yang ada 8 orang anak perempuan. Aku macam…WHAT?? Habislah nak mandi semua. Ni semua confirm lambat.

Tapi selepas habis majlis perasmian, kami solat zohor dan perlu menyertai rewang bersama orang kampong. Aku terdengar lah budak ini asyik merayu nak tukar dengan orang lain pasal dia dapat satu rumah dengan budak laki. Aku kesian dekat dia aku pun offer la diri, tak tahu pula yang keluarga angkat aku ini yang paling gempak best, seronok dan satu family dengan Jannah. Habis rewang kami pun mula bergerak ke rumah famiy angkat masing – masing, aduiiihhh mula – mula masuk memang rasa kekok yang amat dan segan la citernya. Dahlah kami ada 5 orang adik beradik lelaki, mak aiihh….


Kalau dah namanya perempuan mana boleh duduk berlengang senang lenang sementara mak angkat korang sibuk memasak siap dengan anak kecil lagi. Gila kau! Mahu orang cop kau anak dara pemalas walaupun aku ini tak  adalah rajin sangat tapi boleh lah. So kami rela kan hati untuk menolong memasak dan basuh pinggan, siap berhidang siap berangkat. Untung adik beradik lelaki kami! Senang sahaja mereka, gosok baju dan basuh pun kadang2 minta tolong kami. Tapi aku malas layan. hahahahah.......























CUTI


Bila kau tak bercuti macam orang lain… sedih juga tapi aku macam redha, aku nak kumpul pengalaman daripada aku duduk rumah, tidur bangun dan makan. Cuti seminggu pun tak rasa macam cuti. Tapi kita dapat pengalaman, kawan baru dan aku seronok! Walaupun muka burn Masya Allah…… hitamnya. Rasa macam pakai mak pula. Dahlah hampir 2 bulan lebih aku tak jumpa umi dan abi. Sedih beb, homesick pun bertimbun2 dah. Sikit – sikit ungkit rumah dan umi…..Haahahahahah……. Tapi aku tak kisah, walaupun ada selit rasa sayang tak pergi bercuti je. At least aku dapat juga 8 orang adik – beradik. Kau ada?

AIR

Seperti yang kita sedia maklum, UKM memang popular dengan masalah air setiap tahun. Adakah ini merupakan salah Selangor yang memang tidak mencukupi bekalan air? Atau salah UKM sebab tak boleh sediakan kemudahan yang mencukupi? Namun bagi aku, cukuplah kita menyalahi sesame sendiri disebabkan isu air. Takkan selesai pun masalah tersebut. Apa kata kalua kita berkerjasama untuk selesaikan masalah ini. Bukan nak cakap aku rasional sangat…… Aku pun kadang – kadang naik angina juga bila nak buang air tak ada air. Payah juga. Tapi tak  ada guna pun aku salahkan sesiapa. Seksa memang seksa oiii…. Aku sampai bangun pukul 4 pagi setiap hari semata – mata nak mandi. Takutlah kalau bangun kene berebut satu, air pula hilang. Stress level tinggi, kalau ada air makin tenang aku belajar.

SEKIAN 

Monday, April 4, 2016

TERAPI MINDA

Saat kepala otak aku berserabut dengan assignment, projek, tutorial, kuiz, yang menimbun mesti dahi aku dah mula timbul jerawat. Aku memang macam itu,kalau aku stress sikit jerawat mesti tumbuh dekat dahi. Tapi tulah, dekat UKM ni tak ada apa sangat yang boleh buat untuk hilangkan stress aku. Akhirnya aku akan tengok kartun juga sebagai terapi minda aku.


Layan spongebob ini nuat aku gelak sorang2. Daripada aku kecil sampai aku besar, mesti layan spongebob. Kalau dekat rumah, pukul 5 tuh dah terpacak depan tv semata - mata nak tengok spongebob. Lawak bodoh dan bersahaja tuh buat aku tak kering gusi daripada layan maharaja lawak mega. Aku bukan jenis chia chia hia sangat....... Kadang - kadang itu layan Hagemaru untuk dapat tips berjimat abad ini. Sumpah aku cakap siapa yang buat kartun hagemaru tuh meman hebat. Hebat dia berjimat.


Sesungguhnya otak aku mendapat terapi terbaik abad ini asalkan aku menonton kartun!!!

BUAH

Buah delima merupakan buah yang terkenal dengan khasiat dan bentuknya yang unik. Nama saintifik bagi delima ialah Punica Granatum manakala di dalam Al - Quran disebut sebagai Ar - rumman. Orang kata buah delima ini merupakan tanda kesuburan. Pokok delima ini pula banyak ditanama di kawasan  Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi. Ini membuktikan khasiat buah delima memang diiktiraf sejak zaman dahulu lagi, cuma kita sahaja yang baru terbuka dengan khasiat buah ini. Tak peliklah kalau orang - orang timur tengah semuanya cantik - cantik.






Disebabkan sir suruh kami tulis pasal buah, cepat - cepat aku ambil buah ini pasal memang kami sekeluarga amalkan mengambil pati delima. Nak kongsi berdasarkan pengalaman aku sendiri. Khasiat buah delima memang berkesan bila ayah aku yang berat 9+ kg boleh turun kepada 6+ kg. Inilah rahsianya. Tapi petua untuk lebih berkesan ialah kena sentiasa istiqamah, orang kata berterusan makan. Jangan makan 2 bulan berhenti dah. Ayah aku terpaksa turunkan berat badannya kerana faktor usia dan penyakit darah tinggi yang dialami. Sekarang dah sihat dan paras gula sentiasa ok. Teringat kembali zaman kecil - kecil dulu, kalau ayah saya balik daripada India... mesti bawa balik buah delima. Buah delima dekat sana besar gila bapak dan sangat manis. kalau yang kita jumpa di Malaysia ini kecil - kecil sahaja rata - rata.


Inilah pati delima yang sering kami amalkan. Tapi korang berjaga - jagalah pasal kalau makan benda ini memang kau akan melabur time tu juga. Seksa juga makan - makan benda - benda macam ini. Tapi itu semua untuk kebaikan. Rasa dia sangat masam. Tapi masam yang sedap, macam rasa coklat plum pun ada. Tapi tips dari mak aku, dia kalau tak suka masam boleh campur dengan madu. Bertambah enak dan berkhasiat. Kalau kita istiqamah dalam mengambil pemakanan sunnah ini, Insha Allah khasiat dan manfaat nya akan kita dapat juga. Mesti ada hikmah dan kebaikan disebalik pemakanan sunnah. Sebenarnya banyak lagi khasiat delima ini, tapi korang boleh google sendiri kut. Tapi untuk yang nak kuruskan badan itu amat disyorkan. Harga dekat pasaran tak mahal mana, cuma RM 15.00. Kalau nak beli boleh pm tepi. :::)))