Sunday, March 27, 2016

LAWS OF LIFE CIRCLE

Tahu tak apa hobi aku ? Kalau orang lain mungkin akan cakap yang hobi mereka adalah membaca, and what so ever.... tapi bagi aku, apa yang orang lain buat dan mengaku sebagai hobi mereka adalah benda yang akan aku buat untuk BUANG MASA bukan meluangkan masa lapang. Hobi aku sebenarnya adalah memerhatikan orang walau di mana sahaja aku berada. Kemudian aku akan cuba untuk analisis dan tafsir orang itu. Hahahah.....jangan lah rasa seram pula selepas ini.

Disebabkan cara aku meluangkan hobi adalah berbeza dengan ramai orang maka otak aku tertanya - tanya. Kenapa kita terlalu mengikut LAWS OF LIFE CIRLE. Kebanyakan kita termasuk aku dahulu, akan hantar anak kita ke tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, asasi, matrik, dan universiti. Yang paling teruk lagi kalau ibu bapa itu jenis yang pentingkan status. komfem dia akan desak anak mereka untuk masuk sekolah yang berprestij, kena dapat cermerlang sentiasa dan dipaksa untuk belajar membabi buta. Langsung tiada unsur - unsur lain yang cuba diterapkan.


Jam ini, minit ini, saat ini, aku tertanya - tanya kenapa aku kena melalui semua life circle dekat atas untuk berjaya. Dan kalau kita tidak berjaya sahaja pasti ada mulut dan mata yang mengata. Adakah kita memang boneka hidup yang diperdayakan?

Tahu tak sebab apa aku tertanya pekara macam itu? Sebab aku CEMBURUKAN kejayaan tokoh - tokoh islam yang dulu tanpa perlu ikut LIFE CIRCLE. But I bet it damn hard to do like that these days. Mereka dulu dah berjaya takhluk dunia ketika umur 21 tahun. Umur 20 - an dah boleh perintah sebuah negara sedangkan aku masih lagi bergelut dengan pointer yang kononnya mampu jamin masa depan aku. 

Aku tertarik dengan kata - kata sir NORAZHA lecterur untuk accademic ommunication dimana dia cakap, tak semestinya kita datang sekolah, kita hantar anak kita ke sekolah mereka akan dapat input yang sepatunya kita dapat. sebenarnya sesi pengajaran kita sangat terhad dan dikongkong disebabkan kita bergantung kepada syllabus. KITA IBARAT ROBOT YANG DIPROGRAMKAN. 

Aku rasa aku umur dua puluh yang tiada apa - apa sebab aku terlalu ikut LIFE OF CIRCLES. Kadang - kadang aku rasa rugi untuk masa aku yang terbiar dengan menjadi robot semata. So, mulai hari ini, aku decide untuk pemikiran dan pelaksanaan tersebut. Kalaulah aku ada anak suatu hari nanti. Aku pasti takkan ikut life of circles. Tapi aku akan pastikan yang ketika umurnya dua puluh, dia dah boleh berfikir dan bertindak macam orang umur 40 tahun.

PASRAH

Pada mula aku nak tulis tajuk ini, banyak idea yang terlintas, mencurah - curah macam air terjun tapi saat tangan dah menyentuh papan kekunci langsung tiada idea. BUNTU! Kebelangkangan ini banyak sangat dalam kepala otak. 

"It's WAR in my mind"

Nak mula cerita aku, aku tak pernah sangka yang aku akan jejakkan kaki ke universiti. Aku mengaku aku seorang yang malas, memang otak tak genius langsung. Dari aku sekolah rendah memang mak aku suka bandingkan aku dengan anak kawan baiknya. Aku  ada otak yang cerdik tapi malas nak gunakanna. Sebab tu aku pernah dapat FAILED waktu sekolah rendah. Cuba korang bayangkan aku baru sekolah rendah tapi dah pernah rasa itu failed! Aku tak malu nak dedahkan sebab bagi aku itu penglaman yang sangat berharga. Orang lain tak pernah rasa.

Kemudian aku dihantar ke sekolah bersasrama juga bukan atas kerelaan aku. Aku mula rasa hidup ini tak adil. Tapi aku cuba kuatkan diri, motivasi diri sendiri. Pada mula aku masuk sekolah itu, boleh kata hampir setiap hari aku akan telefon umi aku dekat rumah. Aku bukan anak yang jenis peramah nak tanya "mak apa khabar?". Tapi aku telefon bukan sebab aku nak tanya khabar atau homesick! Tapi sebab aku tengok semua orang akan telefon mak diorang. Sampai satu hari itu, mak aku cakap apa dekat aku tau? 

"Kau tak payah nak telefon setiap hari lah. Buang duit je."

Sejak itu aku macam tersedar, betul juga cakap mak aku, kenapa aku nak kena telefon setiap hari. Akhirnya aku hanya telefon setiap hari jumaat yang aku balik kampung sahaja. Aku tersedar yang aku mengikut orang. Tapi kawan aku suka label aku tak sayang mak!!!

Sepanjang pengajian di sekolah menengah, aku selalu dapat OK dalam matapelajaran yang lain. Tapi mesti KO dalam pelajaran math, add math. Aku tak pernah rasa dapat lulus. Setiap kali dapat kertas setiap kali itulah markah aku bawah 20%. Aku tak tahulah aku dapat rendah macam itu sebab aku bodoh sangat atau otak aku yang mind set benda itu susah.

Tak lama kemudian aku sambung matrik dan masuk universiti. Sebelum masuk matrik, aku banyak dengar yang pengajian itu memang susah dan selalu budak sangkut. Tapi kali ini aku tak nak dengar cakap orang, aku tak nak pasrah dengan hidup aku. Aku tanam dalam kepala otak aku yang aku boleh buat dan aku tanam kata - kata positif. Aku tak sangka cara tersebut berhasil bila aku boleh dapat 3.9 untuk pointer terbaik yang aku pernah dapat.


P/S : Tahu tak apa point penting aku dekat atas? Aku dah serik untuk pasrah dalam hidup bila sebenarnya aku tak pernah untuk cuba sampai limits aku. Aku selalu dengar orang cakap, aku selalu hidup negatif, tapi aku lupa, OTAK aku adalah benda yang Allah kurniakan paling hebat untuk aku guna. 

Sejak itu aku selalu hidup dalam keadaan yang positif dan PASRAH tak pernah ada dalam hidup aku. Hidup ini banyak ajar aku yang sebenarnya aku ini sangat lembap dan tak tahu apa - apa. 

Sunday, March 20, 2016

PROGRAM TUNAS BESTARI

Saja nak kongsi pengalaman tempoh hari sertai program tunas bestari di sebuah sekolah dekat Maran,Pahang. Sebenarnya, daripada aku kecil, sekolah rendah, sekolah menengah, aku tak pernah terfikir yang aku akan menyertai program macam ini. berkongsi ilmu dan maklumat yang kita ada dengan budak sekolah. Aku rasa aku waktu dulu otak aku terencatlah. Kenapa aku rasa macam semua benda yang aku boleh dan buat sekarang ini aku rasa mustahil untuk aku buat semua itu dulu. Jangan pening dengan ayat aku. Tapi serius aku rasa aku terencat dulu. Whatever ~

First time waktu aku arrive dekat sekolah ini, pakguard tuh suruh kita orang  naik atas, macam satu bangsal besar tau. Tiba - tiba aku nampak budak perempuan yang dekat korridor, dalam tandas semua menjerit, berlari masuk bilik. Dalam hati aku dah cakap, 'Apasal budak2 ni menjerit berlari bagai. mengada!'

But then aku realize yang kami punca mereka jadi macam itu. Tempat mereka diserbu orang, itu merupakan asrama mereka sebenarnya. Terus rasa aku jahat gila sebab judge orang. Hahahah... tapi pakguard yang salah. Back then. memang berbaloi rasa sertai semua ini, sebab kau dapat bagi sesuatu to your next generation.  3 hari 2 malam dekat sana rasa sangat sekejap.

Setiap program yang kami jalankan pastinya ada terselit pengajaran untuk budak - budak itu. Tapi aku takkan cerita semua dekat sini, Satu malas nak taip yang pasti , second post aku akan jadi panjang berjela.


Anak buah Kampung Bertemu Jodoh

persediaan untuk malam kebudayaan


Kerja Berkumpulan

mencari si pelik, habis semua mandi tepung


sesi perkenalan kumpulan

aku dan anak buah.





LEMAU

Disebabkan tema minggu ini adalah LEMAU, aku sendiri tak tahu nak tulis apa. Lemau sama dengan lesu ke? Mana aku tahu. tapi tu bukan point aku untuk bercerita berkenaan dengan tajuk di atas. Aku selalu faham lemau ni macam biskut yang masuk angin lepas tu dah tak sedap dah nak makan. 

Aku rasa macam itu juga dengan kita, cuba kau bayangkan biskut tu macam diri kita, dan bila kita serap ilmu atau budaya yang boleh merosakkan diri maka kau akan dipandang serong, dan dah rosak. Rasa - rasa siapa nak kau? Tapi cuba kau bayangkan kalau diri kita serap ilmu dan budaya yang baik - baik sahaja nescaya kita akan jadi baik dan orang akan pandang hebat. Macam biskut yang serap air milo or teh, siapa tak nak!


So aku nak tekankan dekat sini sebenarnya semua benda yang kita ambil tak kira lah budaya atau ilmu berbalik kepada diri kita juga. Sama ada kita ambil yang baik atau sebaliknya. Tak payah  nak cop aku bajet baik sebab cakap pasal benda ini. Kita sebagai manusia kan kena saling mengingat antara satu sama lain even kita tak baik sangat pun. Ilmu dan budaya yang baik bertambah baik kalau kita amalkan, maksudnya kita praktikkan dalam hidup kita. Kalau setakat tahu sahaja tapi tak gunakan dalam hidup, lama - lama dia jadi karat. So kadang - kadang, biar ilmu tu sikit tapi kita guna dalam hidup. Jangan acah - acah banyak tapi satu pun tak guna.

So, point dia jangan jadi lemau bodoh - bodoh, biar jadi lemau berguna!

Monday, March 14, 2016

KERETA IDAMAN

Nak cerita pasal kereta idaman sebenarnya dah macam angan - angan mat jenin. Tapi kalau kita tak ada satu impian macam tuh, kita takkan rasa ada satu push over yang mendorong kita untuk mendapat kan apa yang kita nak.Kita tak boleh mengalah even kau rasa macam kereta idaman kau jauh sangat dari realiti. Cakap lebat kereta idaman,nak beli myvi pun tak lepas. Abaikan suara orang dik.... kalau kita berusaha,insha Allah dapat. Yang lagi best kalau dapat beli modified bunyi , engine and sound system. Perghhhh!!!! sumpah gempak. Semua gambar hanyalah ihsan dari Mr.Google. 


-mustang-

-Ford Mustang-
Yellow always my favourite colour.

-Volkswogen Beetle-
Salah satu idaman sejak dari kecil lagi.
-Mustang-

So? agak - agak mustahil tak nak dapat? Hah ....aku tak kisah kalau kau cakap aku bermimpi di siang hari. Aku takut kalau kamu semua yang akan tercengang tengok aku pakai semua tuh. Nama pun idaman, so dia ada 50 - 50 peluang untuk aku memilikinya. Mungkin aku akan beli kereta backup je kalau tak dapat. Kesian !!!!!!!!!!!



LESU; MENTAL KOYAK

Minggu paling hectic dalam bulan tiga. Setiap hari padat dengan kelas dan program. patutlah otak lesu,mental koyak. Tapi koyak macam mana pun kena jahit balik bro, pasal hidup memang macam tuh. Ada time kau ok dan colapse. Berbalik kepada pekara yang buat aku lesu , mental aku koyak ialah..... program kolej di mana aku merupakan post program, so memang sibuk untuk majlis pelancran logo kami. Ada dalam dua hari juga kami buat rehearsal, dan tambah satu hari untuk hari kejadian. I had to postponed my sleep time sampai pikul 1 am or 2am. Lepas tiga hari sibuk memanjang dengan masa tidur yang tak menentu dan rehat yang tak cukup aku masih gigihkan diri menyusul ke bandar ayam kampung iaitu Maran,Pahang untuk melaksanakan program kami bersama pelajar sekolah yang akan mengambil peperiksaan penting. Sepanjang program berlangsung iaitu tiga hari, kami terpaksa menabahkan diri untuk kekal cergas dan bersemangat. pasal itu aku cakap kalau mental kau koyak jahit balik. Sebab walaupun semua benda ini buat aku lesu dan mental koyak pasal assignment dan tutor berlambak, tapi aku seronok. Aku dah dapat satu pengalaman yang mungkin orang lain tak akan dapat. So even aku lesu sikit tapi aku akan kembali bersemangat!

Sunday, March 6, 2016

CARTOON vs KOMIK

Trend sekarang, banyak siaran tv menyiarkan kisah - kisah cinta yang diadaptasi daripada novel. Langsung tidak menarik perhatian!! aku nak sangat mereka siarkan kartun - kartun yang best. Kartun yang disiarkan pada hujung minggu juga sangat sikit dan langsung tidak menarik perhatian. Kalau ada pun mesti yang tak gempak dan kartun jenis menghadap je. Imaginasi tak berkembang! lainlah kalau kartun dan komik dulu - dulu.





Yang lagi best dulu - dulu, selalu save duit belanja untuk beli komik. Tahap obses dia peringkat ICU aku cakap. Nasib baik abang aku pun jenis yang join kepala. Kebanyakkan komik dan kartun yang aku tengok dari kecil pun pasal sekali join dia lah!




Dan yang masih lagi tengah on - the - go sampai hari ini, siri anime jepun, Fairytail. 







AKU

Kalau ada AKU, mesti ada KAU. Eh aku bukan nak tulis pasal cinta tapi aku nak tulis pasal penggunaan aku dan kau.Mengikut pemerhatian aku, orang perempuan kalau pertama kali jumpa kan mesti mereka akan sapa guna nama atau SAYA , AWAK. Berlainan pula dengan lelaki, SAYA , AWAK memang tak ada dalam kamus hidup mereka. Mungkin ada juga yang guna tapi mesti lelaki jenis lembut. Tapi tu bukan point yang aku nak tekankan. Sebenarnya aku nak cakap penggunaan AKU  dengan seseorang tu akan membuatkan kita lebih rapat. Tak percaya cakap aku? Mungkin kau boleh buat kajian sendiri, tapi ini semua pengalaman. Kalau penggunaan kata SAYA,AWAK  akan membuatkan seseorang lebih terbatas untuk mengekspresi diri mereka yang sebenar. Kau lebih cenderung untuk simpan sikit diri kau. 

Berlainan pula kalau AKU,KAU, sebab mereka yang menggunakan kata nama ini bagi aku lebih bebas. Bebas dalam meluahkan diri mereka. Sebab itu kadang kala kau akan dengar orang yang guna AKU,KAU nampak macam ganas and slumber. Aku pun suka juga kalau orang guna AKU,KAU. Sebab itu akan menggambarkan diri kau yang sebenar.
AKU sokong penggunaan AKU!Tapi aku tak faham untuk orang yang jenis cover, konon guna SAYA,AWAK. Berapa ramai sebenarnya yang menggunakan AKU,KAU tapi pasal budak itu guna SAYA,AWAK terpaksalah ikut. Kalau yang jenis memang sopan habis tak apa. Ini yang cover - cover! c'mmon lah!